You're My Sweetheart ! (Cerpen)



Part  1

                  Dingin suasana.Sedingin kawasan kutub utara! Semua mata terpaku ke arahnya hanya kerana dia mencekik seorang wanita yang baginya teramat gila! Pervert girl!


                 '' Aduh...Sakit...''rintih gadis yang dicekiknya itu! Dalam hati bersorak kegirangan.Misi mendapatkan seorang jejaka idaman Malaya.. Tengku Hafiz Zaifar.


                  ''Sayang muka cantik.... Tapi gila..''sinis bicara Tengku Hafiz sambil tersenyum senget.Dia tidak mempedulikan gadis kesayangan papanya itu.Langkahnya mara ke hadapan menuju ke luar kawasan pejabat.


                   ''Shitt! I love you Hafiz!'' jerit Qarina sambil membuat flying kiss.Dia memegang tengkuknya yang memerah.Semua mata menumpu ke arahnya.Akibat perbuatannya mengejar Hafiz dan menyuruh Hafiz menciumnya dia telah dicekik. 'Ini Qarinalah! Takkan pernah berhenti berusaha mendapatkan jejaka sombong itu demi satu misi dan visi! Fighting Qarina!






''Eiryin Qarina!


                    Bergema ruang pejabat itu dengan jerkahan Dato Wazir! Mata daddnya itu mencerlung tajam ke arahnya.Seramnya papa.Adakah dia perlu menggunakan taktik 'pengsan hidup' lagi? Siapa yang tidak kenal Eiryin Qarina.. Queen of the lies!



                    ''Daddy kecewa dengan Qarina...'' ujar Dato Wazir setelah kehabisan kata dengan tingkah anaknya itu! Tangannya lincah menaip di komputer walaupun sedang memarahi anaknya!


                    ''Daddy, Qarina tak cintakan Hafizlah! Qarina cuma nak ajar dia..Dia tu playboy sangat!''ujar Qarina berterus terang.Bukannya dia cintakan Hafiz pun, cuma dia nak Hafiz cintakan dia! Barulah jadi plan yang dirancang!



                    Dato Wazir menghela nafas perlahan.Nasib baik anaknya tidak terjatuh hati pada playboy itu, kalau tidak susah dia nak selamatkan anaknya yang mungkin dah hilang 'perempuan.' Hihihi...




                  ''Daddy, stop thinking about the negative senses...''tegur Eiryin Qarina.Dia tahu pemikiran daddynya yang boleh tahan juga daya sexsual!



                   Dato Wazir hanya tersengih menampakkan dua batang giginya yang telah tiada.Bijak sungguh Qarina meneka.Dia berharap Qarina tidak akan pernah mencintai Hafiz.Dia yakin dengan anak tunggalnya Eiryin Qarina.




                 '' Qarina pegi dulu,''ujar Qarina sambil menyalami tangan daddynya.Dato Wazir, itulah daddynya itulah mummynya.Mummy Qarina? Datin Hazirah telah lama meninggal dunia akibat kemalangan ngeri keluarga mereka suatu ketika dahulu.Bagi Qarina,itulah sejarah hidupnya yang menyayat hati.Dia cuma ada Allah dan papa! Huhuhu...






***********************************************************


Persis  Prince Charming dia mengatur langkah mengatur langkah menuju masuk ke dalam teratak banglo tiga tingkat milik keluarga Tengku Zarif.Kepulangannya dinantikan oleh ayahanda dan bonda tersayang.Perfect tak hidup aku?Perasan melanda jiwa seorang Tengku Hafiz sambil tersenyum senget.Lagak playboy diraja sejati! Saranghae....